Aku mengenali arkitek itu, Anilza (bukan nama sebenar) namanya pada pertengahan Julai 2001 di dalam
mIRC di channel "veteran". Saluran veteran dalam mIRC sebenarnya dikhususkan untuk golongan-golongan
yang di peringkat umur 30 tahun ke atas. Dalam saluran itu didapati ramai kalangan wanita yang telah lampau usia tetapi belum
berkahwin aktif berchatting, terutama pada waktu malam.
Di dalam bilik itu, lebih kurang pukul 12.00 tengah malam, aku lihat lebih 20 nick yang masih aktif
berchatting. Bagaimanapun aku tertarik dengan nick "Maya2000" dan aku terus whisper kepadanya.
Ketika itu aku menggunakan nick sebagai "Cobraeite".
Cobraeite: Hi, maya
Diam tanpa menjawab sapaan aku. Aku menegur lagi.
Cobraeite: Hello maya
Cobraeite: Hello maya, naper diam sajer
Maya2000 terus diam tanpa menjawab sepatahpun pertanyaan aku. Nampaknya Maya tidak berminat
untuk bersembang-sembang dengan aku, lantas aku tinggalkan dia dan mencari-cari nick yang lain untuk rakan sembang. Setelah boring bersembang-sembang, kira-kira 20 minit kemudian aku kembali semula kepada Maya2000
berusaha untuk mengajak dia bersembang. |
|
|
|
Cobraeite: Maya, sombong nyer awak
Cobraeite: u nak tau I ada pengalaman menarik bersa-ma Maya, u nak dengar ceta tak best nie.
Maya2000: ceta apa
Cobraeite: u sudi dengar ker
Maya2000: ah..ahh
Cobraeite: okay sebelum tu nak tanya dulu anyway u kat mana nie
Maya2000: I kat Pulau Pinang, kat Butterworth nie
Cobraeite: iyer dekat jer kita nie i kat Alor Setar nie
Itulah mukadimah aku untuk terus mengenali Maya2000 yang kemudian aku kenali sebagai Anilza, bertugas
sebagai arkitek di salah sebuah firma di Pulau Pinang. Aku dan Anilza terus bersembang-sembang dan dia menuntut janji apakah
cerita menarik yang mahu aku sampaikan kepadanya.
Aku memberitahu kepada Anilza, sebelum ini aku pernah berchatting di dalam mIRC dengan seseorang yang
menggunakan nick sebagai "Maya". Bagaimana pun pengalaman aku berchatting bersama Maya itu amat
menyeramkan.
"Seram macam mana?," tanya Anilza, seolah-olah berminat untuk mengetahui kisah yang seterusnya.
Aku pun menceritakan kepadanya, pada satu malam lebih kurang pukul 1.00 pagi aku melayari mIRC dan berchatting
di channel "kampung". Aku dapati ketika itu terdapat ramai penchatter yang berkampung di saluran itu,
melebihi seratus nick, aku lihat. Aku whisper beberapa nick antaranya yang menjadi minatku dan menarik
perhatian, nick yang bernama "Maya". Walaupun ketika itu ramai nick yang aku whisper membalas
sapaan ku, tetapi entah mengapa aku terus berusaha untuk bersembang-sembang dengan Maya yang ketika itu aku lihat agak
dingin untuk memberi layanan. Mungkin dia sibuk agaknya.
Cobraeite: hii maya, apa kabar.
Maya diam tanpa menjawab barang sepatahpun. Aku te-rus menyapanya dalam bilik whisper beberapa
kali lagi. Hampir putus asa aku dibuatnya kerana Maya terus membisu.
Cobraeite: Maya di mana kamu, naper diam ajer, ini mungkin pertanyaan terakhir saya, jika kamu diam juga
akan saya tutup whisper ini.
Cobraeite: Okaylah bye.. bye Maya.
Maya: Hiiii, apa kabar.
Cobraeite: kabar baik, Maya di mana nie.
Maya: hmmmm Maya ada di mana-manalah.
Cobraeite: errrr cakaplah betul-betul Maya asal dari mana nie, pompuan ker laki nie.
Maya: Maya ada di mana-mana di dalam dunia maya ini, dan mestilah Maya nie pompuan.
Cobraeite: iyer ker, so sekarang nie Maya ada di mana.
Maya: abang nak tahu ker, okaylah Maya sekarang berada di belakang abang.
Cobraeite: aler, main-main pulak dier, abang tengok tak der saper pun di belakang abang sekarang nie.
Maya: he he, abang tak caya ker, kalau tak caya tak apalah, nak buat cam ner.
Cobraeite: aler, aler kalau betul Maya di belakang abang sekarang, buktikanlah.
Maya: Baiklah, abang sekarang pakai suar jeans.
Cobraeite: betullah tu, kebetulan cuma kot.
Maya: betul tu, tak caya lagik ker, okaylah Maya boleh cakap abang pakai baju apa.
Cobraeite: tekalah mesti tak kena punya. |

Aku ketika itu yakin, Maya hanya sekadar meneka sahaja seluar yang aku pakai ketika itu dan dia semestinya
tidak dapat meneka dengan tepat baju yang aku pakai, kerana baju itu bukannya dari sejenis warna tapi ianya bercorak-corak.
Ketika itu aku pasti, Maya bukannya terdiri dari kalangan rakan-rakan ataupun keluarga yang sememangnya telah mengenali
aku. Hanya isteri aku sahaja yang mengetahui apa jenis baju yang aku pakai ketika aku keluar dari rumah petang itu. Aku sebelumnya
tidak ke mana-mana terus sahaja ke pejabat apabila keluar dari rumah. Walau pun di rumah ada komputer peribadi (PC), tetapi
talian internet tidak disambungkan, malah ketika itu isteri aku tidak tahu langsung untuk melayari internet, apatah lagi untuk
berchatting.
Aku tergaman seketika, apabila Maya menjawab tepat baju apa yang aku pakai ketika itu. Aku hairan,
tidak mungkin secara kebetulan Maya berbuat demikian. Jam di pejabat ketika itu menunjukkan waktu pukul 2.00 pagi.
Suasana sunyi sepi sekali dan sekali gus menyeramkan dengan jawapan yang aku terima dari Maya.
Maya: abang pakai baju "T" berkolar, dengan corak petak-petak, hitam dan putih. Betul tak.
Cobraeite: betul tu Maya, mana Maya tahu nie.
Maya terus diam.
Cobraeite: Maya, mana nie, macam mana Maya boleh tahu, apa yang abang pakai. Siapa Maya nie.
Maya: he he heeeeeee kan Maya dah cakap Ma-ya ada di mana-mana. Okay abang bye, bye jumpa lagik
Maya di dunia maya heeeeeee heeeeee.
Cobraeite: Hello Maya, jangan pergi dulu, tunggu dulu, abang nak sembang-sembang lagi.
Maya: heeeeeeeeeeeee heeeeeeeee
Cobraeite: Maya Maya
Selepas Maya menaip perkataan "heeeeeeeeeee" secara berulang-ulang, aku merasakan Maya
seolah-olah mengilai di cuping telinga. Masih tergiang-giang di telinga ku ketika itu. Kemudian Maya terus menghilang.
Aku yang ketika itu keseorangan di pejabat agak seram dibuatnya. Aku terus keluar dari mIRC, tutup PC dan terus tidur. Aku
selepasnya tidak dapat lelapkan mata, resah dibuatnya. Asyik memikirkan siapakah itu Maya yang sebenar. Bagaimana Maya
boleh meneka dengan tepat, corak dan warna baju dan seluar yang aku pakai ketika itu. Mungkinkah itu cuma kebetulan yang sangat
jitu.
Anilza yang setia mendengar cerita aku itu, tiba-tiba dengan sinis berkata: "Padan dengan muka, itulah asyik
dok chatting sangat sampai lupa anak bini".
"Aler, siapa yang lupa anak bini nie, siapa yang ada anak dan siapa yang ada bini, u
tak caya ker, ataupun u adalah Maya yang saya chatting sebelum ini," jawab aku.
"Bukan sayalah, kerana saya tidak pernah gunakan nick Maya sebelum ini, kecuali nick
Maya2000 adalah, tapi cerita awak tu memang menarik" jawab Anilza.
Memang benarpun, sejak dari itu aku tidak pernah lagi bersua dengan nick Maya, apabila masuk
ke dalam mIRC, sehinggalah aku temui nick Maya2000. Dan Maya2000 itu adalah Anilza yang menjadi teman
chatting aku yang pertama yang berjaya aku adakan temu janji berjumpa dengannya secara nyata.
Aku dan Anilza kemudiannya, saling berdebat mengenai peristiwa yang aku tempuhi bersama Maya dalam
chatting tempoh hari. Anilza berat menyatakan, ada seseorang yang mengenali aku cuba mempermain-mainkan aku. Tetapi
aku nafikan dengan beberapa kemungkinan. Pertama, Maya itu memang seorang insan yang tidak aku kenali, tetapi dapat
meneka dengan kebetulan yang amat jitu. Kedua, Maya itu, memang terdiri dari kalangan makhluk yang wujud dalam sitausi
paranormal yang cuba berkomunikasi dengan aku di dalam maya (virtual). Siapa tahu pelbagai kemungkinan boleh berlaku
di dalam dunia maya ini.
Aku katakan kepada Anilza, aku punyai alasan dan teori tersendiri tentang sitausi paranormal dalam
maya ini. Anilza aku lihat berminat juga dan beliau meminta aku jelaskan kepadanya.
Percayakah kepada makhluk ghaib yang boleh menembusi dunia maya melalui internet?. Jika benar wujudnya pari-pari,
bunian ataupun hantu di alam nyata, apakah tidak mungkin mereka juga boleh berada dan muncul bersama-sama kita di dalam dunia
maya. Sama ada percaya atau tidak, boleh atau tidak, hakikat sebenarnya makhluk ghaib memang tinggal di alam maya. Alam maya
ini adalah alam "ghaib" yang tidak dapat dilihat dan dirasai dengan mata kasar.
Kita manusia, yang sememangnya tinggal di alam nyata hanya boleh melungsuri dan berkomunikasi sesama kita
di alam maya menerusi internet. Manusia tidak mampu menembusi alam maya secara fizikal total. Kita hanya boleh berinteraksi
sesama insan hanya melalui suara dan perasaan secara maya dalam internet.
Di dalam internet, kekadang kita dapat dengar luahan rasa daripada pelayar-pelayar internet mengenai pengalaman
mereka sendiri berbicara dengan roh, hantu dan apa saja sebutannya ketika berchatting. Benarkah mereka berbicara dengan
hantu atau hanya mereka-rekakan pengalaman itu untuk disebarkan melalui internet.
Secara logik cuba fikirkan sejenak, kita yang tinggal di dunia nyata, akibat kecanggihan ICT berjaya menembusi
dunia maya, dunia virtual yang menjadi tempat tinggal hantu, bunian dan roh-roh. Makhluk-makhluk ghaib yang sememangnya
tinggal di alam maya dapat juga menembusi alam nyata. Tentu ada kecanggihan tersendiri di kalangan mereka sehingga mereka
mampu berbuat demikian.
Dan kita juga pernah mendengar, terdapat manusia yang dapat berbicara dengan hantu, mengembara ke perkampungan
bunian dan sebagainya, ketika makhluk terbabit masuk ke alam nyata. Begitu juga sebaliknya yang pasti berlaku, manusia yang
masuk ke alam maya di antaranya kemungkinan akan dapat berinterraksi bersama makhluk yang berada di alam itu.
Kita berada di dunia mereka tanpa diundang, ada ketika-nya mahu juga mereka menyakat-yakat kita. Oleh itu
makhluk ghaib terbabit berusaha memasuki perantaraan yang digunakan manusia untuk ke alam maya. Perantaraan itu adalah internet
dan terdapat di kalangan kita yang tersesat berkomunikasi bersama-sama hantu, bunian ataupun roh yang dikenali sebagai makhluk
ghaib di dalam internet.
Percaya atau pun tidak, atau pun tidak faham. Bagai-mana pun itu hanya sekadar teori yang tidak pasti. Dan
dari teori itu, aku boleh juga beranggapan Maya yang aku temui dalam chatting adalah penghuni jati dari dunia
maya yang cuba menyakat-yakat ketika aku melungsuri ke dunianya.
"Boleh juga diterima pakai teori itu, menarik," Anilza terus menjawab apabila penerangan yang aku berikan
itu selesai.
"Sudahlah lupakan Maya itu, kan Maya yang satu ini dah ada. Betulkah u nie belum
kawin," Anilza cuba meng-ubah topik perbualan kami.
"Betul lah, bujang trang tang-tang lagik nie," aku cuba menyakinkan Anilza.
"Kalau belum kawin, memang I nak kawan dengan u," jawab Anilza kemudiannya.
"Kawan sajer ker, kawin tak nak ker," aku mula bergurau-gurau dengan Anilza. Aku menanam kemesraan
dan mula untuk mendekati Anilza dan kami saling bertukar-tukar maklumat mengenai diri masing-masing. Anilza seorang yang jujur,
dia berterus terang tentang dirinya. Aku pula banyak yang menipu tentang diri ku terutama mengenai umur.
Didapati beliau memang seorang yang berani, sanggup mendedahkan siapa namanya yang sebenar, pekerjaan dan
nombor telefon mudah alih, rumah serta pejabatnya sendiri kepada rakan chatting yang belum benar-benar dikenalinya.
Daripada perbualan kami dapatkan aku bayangkan Anilza seorang yang bertubuh kecil dengan ketinggian 4 kaki
2 inci dan berat badan 40 kg dan mempunyai paras yang agak menarik dari apa yang dia nyatakan kepada aku. Dia telah melewati
usia 32 tahun. Mengaku pernah beberapa kali bercinta bersama pasangannya melalui chatting dan mempunyai keinginan dan
berharap perkenalan melalui chatting ini akan berakhir dengan perkahwinan
Dalam perkenalan yang pertama itu didapati Anilza boleh diajak bersembang mengenai seks melalui chatting
tetapi agak berhati-hati, tidak terlalu melebihi batas. Aku cuba membawanya untuk sembang seks dengan lebih jauh tetapi dia
berkata masih terlalu awal untuk itu kerana masing-masing baru saja kenal di antara satu sama lain.
Selepas pertama kali chatting, dua hari kemudian aku menghubungi Anilza berdasarkan nombor telefon
mudah alih yang dia tinggalkan, didapati dia gembira sekali setelah aku menghubunginya. Kami bersembang ringkas sahaja.
Selepas itu dia mulai kerap menghubungi aku di pejabat melalui telefon, begitu juga dengan aku. Setelah beberapa
kali kami berhubung melalui telefon, hubungan kami menjadi mesra dan Anilza mempunyai keinginan untuk bertemu dengan aku.
Dia pernah mencadangkan supaya aku pergi bertemu dengan dia di Sungai Petani ketika beliau hadir ke situ melawat satu tapak
projek yang di bawah kendaliannya. Tetapi permintaannya tidak dapat ditunaikan kerana aku terlalu sibuk, tetapi bagaimanapun
kami masih terus berhubung melalui telefon, ada kalanya kami sembang-sembang sehingga larut malam.
Sehinggalah pada suatu hari, Anilza mencadangkan supaya kami ke Kuala Lumpur untuk merealisasikan pertemuan
kali pertama kami secara nyata. Anilza memberi alasan dia mempunyai tugas di Kuala Lumpur, dia meminta aku menamaninya dan
justeru itu mengambil kesempatan mengajak aku pergi bersama-samanya.
Aku mula-mulanya binggung dan rasa cuak juga untuk bersama Anilza ke Kuala Lumpur bagi dating yang
pertama kali itu kerana masing-masing masih belum mengenali rupa paras di antara satu sama lain. Lagipun aku agak keliru,
kerana dia begitu berani mengajak lelaki yang tidak kenalinya, bersama-sama ke Kuala Lumpur untuk pertemuan kali yang pertama.
Sebagai wanita berkarier professional sewajarnya dia harus menyiasat dahulu latar belakang lelaki yang ingin bersama-samanya.
Ini seolah-olah dia mempercayai seratus peratus apa yang aku nyatakan kepadanya tanpa usul periksa. Akhirnya bagi merasai
sendiri pengalaman pertama kali berdating bersama rakan chatting aku bersetuju dan sanggup untuk menemaninya
dan dia lantas menempah tiket bas daripada Butterworth ke Kuala Lumpur pada hari perjalanan 4hb. Ogos 2001.
Pada mulanya dia mencadangkan kami bersama-sama ke Kuala Lumpur menaiki keretanya, tetapi aku memberi alasan tidak
memiliki lesen memandu.
Dia kemudian meminta aku datang saja dari Alor Setar ke Butterworth untuk perjalanan menaiki bas ke Kuala
Lumpur seperti pada tarikh tersebut dengan nombor tempat duduk 13 dan 14. Kami menyusuri perjalanan ke Kuala Lumpur dengan
perkhidmatan bas Transnasional pada pukul 12.00 malam.
Di dalam bas kami tidak banyak bercakap kerana masih malu-malu dan buat pertama kali aku lihat wajahnya aku
rasakan simpati dan kasihan kepadanya. Entah mengapa perasaan aku jadi demikian. Dia aku lihat, agak menarik juga dengan karier
sebagai arkitek aku rasa dia mampu memikat mana-mana lelaki yang diingini, tetapi hairannya mengapa sampai sanggup mencari
kenalan dan berdating melalui chatting.
Di dalam bas, perjalanan yang terlalu panjang begitu mengasyikan. Aku di dalam bas tidak dapat tidur, hanya
sekadar melelapkan mata, seolah-olah tidur lagaknya. Kekadang mata aku terbuka bagi memerhati gelagat Anilza yang mungkin
enak dibuai mimpi, aku kira. Ada ketikanya, Anilza yang mungkin terlelap menyandarkan kepalanya di bahu aku secara tidak sengaja
dan aku biarkan sahaja dia berkeadaan begitu. Bila dia tersadar dari lena, seolah-olah terkejut lagaknya dia mengalihkan kepalanya
semula menyandar ke tingkap bas. Aku cuma tersenyum melihat gelagat Anilza, yang aku rasa sekadar berpura-pura sahaja, hakikat
sebenarnya dia pun tidak dapat tidur sepanjang perjalanan itu. Aku terus memegang tangan Anilza dan meramas-ramas tangan kecil
itu sambil bermain dengan jari jemarinya yang halus. Dia membiarkan sahaja.
Kami sampai di Hentian Puduraya, Kuala Lumpur pada pukul 5.00 pagi dan melalui telefon bimbit Anilza menghubungi
sebuah hotel di Medan Tuanku, Jalan Tunku Abdul Rahman, untuk membuat tempahan bilik. Sebelum beliau membuat panggilan ke
Hotel Hatari , aku sempat bergurau padanya, minta tempah satu bilik sahaja untuk kami berdua.
"Jangan nak mengada-ngada," katanya spontan sambil menjeling ke arah ku.
Aku tidak kisah sangat, memang pun ketika itu aku tidak mengharapkan akan dapat tinggal bersama-samanya di
dalam sebuah bilik. Aku kira Anilza akan menempah dua bilik untuk kami berdua.
Apa yang memeranjatkan, dengan jelas dapat aku dengar Anilza yang ketika itu sedang berurusan dengan seseorang
melalui telefon tangannya, berkata, " one room please!."
Aku seoalah-olah bagaikan bermimpi, benarkah apa yang Anilza lakukan itu dengan menampah satu bilik untuk
kami berdua. Bagaimanapun aku cuma diam membisu tanpa berkata sepatah pun kepadanya. Membangkang pun tidak. Kami terus mengambil
teksi dan terus meluncur laju ke hotel itu. Di lobi hotel, Anilza menguruskan semuanya. Aku cuma berehat di sofa hotel sambil
memerhatikan dia menyelesaikan pembayaran pendahuluan untuk sewa bilik dengan menggunakan credict-card.
Kami beriringan naik ke tingkat lima hotel itu untuk ke bilik. Aku hanya berserah kepada sitausi, di samping
berharap agar pertemuan aku buat pertama kali yang melarat sehingga ke bilik hotel ini, tidak disedari oleh mana-mana pihak,
terutama pihak jabatan agama. Aku mula tertanya-tanya, siapakah Anilza yang sebenar sehingga sanggup untuk tinggal bersama-sama
aku di bilik hotel berkenaan selama dua hari satu malam.
Di dalam bilik, Anilza terus membuka tudung yang dipakainya. Wow!, bila aku lihat mukanya yang bertudung
itu, lebih menarik lagi aku lihat, seiras muka wanita Jepun.
Dengan seluar jeans dan baju "T" berleher bulat yang masih dipakainya, Anilza terus merebahkan badannya ke
atas salah sebuah katil di dalam bilik itu. Di dalam bilik itu terdapat dua buah katil bujang yang terletak berasingan. Dia
berbaring sambil menarik selimut di katil yang berhampiran jendela. Manakala tempat aku di katil yang berhampiran bilik air.
Di atas katil sambil terbaring lesu dengan selimut yang menutup seluruh tubuhnya, Anilza sempat berpesan
kepada aku, "Jangan ganggu-ganggu, orang nak tidur, letih ni".
Aku diam tidak berkata apa-apa. Aku terus memerhati Anilza dengan renungan yang tajam, sambil dia terbaring
memejam mata rapat-rapat. Lantas aku mencapai tuala, menanggalkan pakaian yang telah berbau hapak itu, campak di atas katil,
terus ke bilik air dan mandi. Di dalam bilik air, aku terus memikirkan keberanian Anilza yang sanggup tinggal di dalam sebuah
bilik hotel bersama-sama lelaki yang tidak dikenalinya. Pernahkah dia berbuat demikian sebelumnya bersama lelaki lain.
"Ah! persetankan lah, biar aku lihat apa yang bakal terjadi, perlu apa aku fikir-fikirkan, lagi pun tujuan
aku keluar bersama Anilza sehingga ke sini, untuk mendapatkan maklumat balas mengenai kajian ku," bentak hati ini.
Sambil mandi, aku menyanyi-nyanyi sambil tersekat-sekat, entah apa lagu yang aku nyanyikan itu pun aku tidak
pasti. Yang pasti, aku rasa sedikit gembira merasai pengalaman baru ini. Buat masa itu, aku tidak dapat bayangkan lagi, apa
yang bakal terjadi kemudiannya di antara aku dan Anilza semalaman lagi.
Selepas mandi, aku menganti pakaian, duduk di birai katil sambil pandangan ku menghala ke arah Anilza yang
sedang nyenyak tidur. Nafasnya aku lihat turun naik. Air mukanya aku lihat jernih. Entah mengapa timbul perasaan kasihan melihat
keadaannya. Mengapa dia jadi begini, kerja sebagai arkitek, sanggup keluar dengan lelaki tidak tentu arah tanpa usul periksa.
Aku mula terfikir yang macam-macam. Kalaulah aku ini jenis yang ganas dan ingin mengambil kesempatan terhadap
sitausi seperti ini, Anilza telah lama aku "ratah" habis-habisan. Kemudian aku mula terfikir pula, mungkin Anilza ada agenda
tertentu yang cuba dirahsiakan sehingga sang-gup mengajak aku ke Kuala Lumpur. Fikiran aku mula bercelaru. Berbagai-bagai
ingatan ini merawang.
Aku juga tidak mengenali Anilza sebelum ini. Ini adalah pertemuan pertama aku dengannya, yang sebelum ini
hanya kenal mengenali melalui chatting dan telefon sahaja. Justeru itu, minta maaf saja Anilza, kerana aku terpaksa
beranggapan berbagai kemungkinan yang terjadi terhadap pertemuan yang tidak di duga ini.
Fikiran aku mulai buruk sangka terhadap Anilza. Aku terpaksa mengambil pendekatan yang sedemikian. Mungkin
aku ingin diperangkapnya, aku kira. Mungkin juga ini satu perancangan untuk babak "tangkap basah" antara aku bersama dia.
Mungkin juga dia telahpun terlanjur dengan mana-mana lelaki dan telah berbadan dua. Justeru itu tiada pilihan lain, dia ingin
menjebakkan aku dalam perangkap ini supaya bertanggungjawab. Apa pun aku kira, akan aku tempuhi tetapi dalam keadaan yang
berhati-hati.
Lantas pada saat itu, aku cekalkan hati, teguhkan pendirian aku, walaupun keimanan aku bakal tergoda oleh
Anilza nanti, aku akan pastikan dengan kemampuan aku yang ada sebagai seorang insan, aku mengambil ketetapan dan pendirian
tidak akan "meniduri" Anilza, sepanjang aku bermalam bersamanya. Harap aku berjaya nanti. Apa yang aku mahukan, biarlah pertemuan
ini berakhir dengan sebaik mungkin tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Semuga juga aku akan dapat kumpulkan
sedikit sebanyak maklumat mengenai latar belakang hidup Anilza untuk aku bukukan kemudiannya.
Aku kemudian menghampiri katil Anilza, duduk di sebelahnya yang sedang lena itu, sambil mengusap-usap rambutnya
dan berkata di dalam hati, " Minta maaf Anilza jika aku tidak dapat memenuhi kehendak mu nanti".
Setelah puas membiarkan dia tidur, aku terpaksa kejutkan Anilza untuk mandi dan bersiap-siap untuk sarapan
pagi. Selepas itu, aku kira Anilza mesti akan membereskan kerjanya terlebih dahulu yang menjadi tujuan utamanya dia ke Kuala
Lumpur. Sebenarnya tidak perlu aku terangkan di sini, tujuan apa sebenarnya Anilza ke Kuala Lumpur sambil mengajak aku menemaninya.
Jika aku terangkan, pastinya ada pihak lain, terutama keluarganya yang membaca buku ini akan menyedari siapa Anilza yang aku
maksudkan. Biarlah Anilza yang benar-benar wujud dan sememangnya pengalaman aku dan dia itu benar-benar berlaku menjadi rahsia
kami berdua.
Bermalam semalaman bersama Anilza di dalam sebuah bilik hotel memang mendebarkan. Aku tidak dapat tidur dibuatnya.
Perasaan takut pun ada, keghairahan pun ada. Aku takut kerana memikirkan sekiranya bilik kami itu diserbu pegawai pencegah
maksiat. Setiap 30 minit aku bangun dan membuka pintu bilik hotel, sambil berlegar-legar bagi memastikan tiada sesiapa yang
mencurigakan.
Anilza aku lihat begitu tenang, seperti sudah biasa lagaknya. Dia aku lihat seolah-olah sudah bersedia. Dengan
baju tidur "kelawar"nya, dia bagaikan seorang penggoda. Baju tidur yang agak nipis itu, menyerlahkan lagi bentuk tubuhnya
yang kecil mugil itu. Apatah lagi bila dia bergerak-gerak kain nipis itu jelas menayangkan susuk tubuhnya dan keimanan aku
agak goyang, bila aku menyedari ketika itu dia tidak mengenakan seluar dalam di dalam pakaian tidurnya. Aku terbaring di katil
sebelah, sambil berbual-bual dengan Anilza yang turut terbaring di katil yang satu lagi. Sambil berbual-bual aku dapat memahami
gelodak nafsu Anilza yang ingin dibelai oleh seorang lelaki.
Perbualan kami semakin lama semakin mesra dan Anilza menjadi semakin manja yang amat sangat. Sehingga pada
suatu saat, aku tidak dapat menolak permintaannya yang mahukan aku berbaring di sebelah bersamanya di atas satu katil yang
kecil itu. Aku memenuhi kehendaknya itu berbaring bersamanya kerana tidak mahu mengecewakannya. Walaupun begitu, aku tetap
dengan pendirian yang telah aku tetapkan sebelum ini, tidak akan "meniduri" Anilza, walaupun apa yang terjadi. Aku akan mengelak
itu daripada terjadi secara habis-habisan. Berbaring sebelah Anilza, cukup menguji keimanan aku. Bagaimanapun setelah memikirkan
keadaan yang bakal aku tempuhi jika terlanjur bersama Anilza, walaupun dengan keizinan dia, lebih baik jangan. Maka aku harus
tangani dengan bijak bagi menewaskan nafsu berahi itu.
Aku sendiri tidak ingat, entah bila aku terlelap dalam dakapan Anilza. Tetapi, apa yang aku pasti semasa
berada dalam pelukannya Anilza, aku dapat menewaskan nafsu dia yang membara dan aku juga berjaya padamkan nafsu aku yang tiba-tiba
memuncak. Kami hanya sekadar berpelukan, bercumbu-cumbuan tanpa sempat aku "meniduri"nya. Hanya sekadar merasakan aku sudahpun
terlena dibuai mimpi indah. Sedar-sedar hari telah pun pagi dan aku bangkit hari itu dengan kejayaan menahani godaan dan sedikit
kenangan manis.
Rupanya Anilza yang membuat aku tertidur, bukan aku yang "meniduri"nya. Aku sempat bertanya kepadanya, ketika
mana aku terus terlelap tanpa sedar-sedar. Dia berkata, semasa berpelukan di atas satu katil itu, sambil sembang-sembang,
Anilza sempat bertanya, apakah maksudnya nick "Cobraeite" yang sering aku gunakan dalam chatting. Kata
aku Cobraeite bermaksud Cobra IT (eite).
Aku sering menggunakan nick tersebut kerana aku memang punyai laman web sendiri yang bertajuk "Cobra
Cobraeite". Laman web ini hasil rekaan aku sendiri dengan menggunakan aplikasi server percuma yang dibekalkan
oleh Tripod Lycos. Cobra Cobraeite boleh dilayari melalui alamat URL www.cobraeite.zzn.com Laman web ini
memaparkan maklumat mengenai wanita-wanita dari dalam negara dan juga dari luar negara yang terlibat dengan ular. Di samping
itu, aku paparkan juga maklumat mengenai pel-bagai jenis ular berbisa dan program-program yang berkaitan dengan dunia ular.
Anilza bertanya, untuk apa aku adakan laman web tersebut, apakah kaitannya dengan diri aku. Untuk maklumat
dan informasi tentang ular, lagipun memang aku sukakan untuk mendalami sifat dan kitaran hidupan pelbagai jenis spesis ular.
"Itu saja ker, kan ular dan cobra tu suka mematuk, tapi kenapa cobra yang ini belum lagi nak
patuk-patuk," tanya Anilza dengan senyuman sinis, sambil memperkemaskan lagi dakapan dengan merapatkan lagi dadanya ke dada
ku.
Aku lantas menjawab, "Cobra yang ini memang tak suka patuk-patuk, memang tak pandai pun". Serentak
dengan itu, aku terus merangkul leher Anilza dan bertalu-talu aku lepaskan kucupan mesra ke seluruh muka dan lehernya. Dia
membalas dengan ciuman kasih, tersesak-sesak nafas aku dibuatnya. Akhirnya dalam keadaan itu, aku keletihan dan terkulai layu
terus tertidur, kata Anilza.
...bersambung
|