
UMNO SELAMAT GADIS MAHU DILACUR
Oleh Hyriee Irzan
SEPANG: Sekretariat Pembelaan Masyarakat, Pemuda UMNO Malaysia berjaya menyelamatkan dan membawa pulang ke tanahair
gadis berusia 17 tahun yang cuba dilacur oleh bapanya sendiri, setelah dibawa lari ke Surabaya, Indonesia.
Pengerusinya, Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihak sekretariat terpaksa bertindak pantas dalam misi membawa
pulang Iswatul Hasanah Musbahuddin dan hanya mengambil masa tujuh hari sahaja untuk membantu gadis malang itu selamat
tiba di Malaysia pada Isnin lepas.
ACU SENJATA TAJAM DI LOMBOK
Oleh Siti Zurina Mat Saman
KUALA LUMPUR: Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda Masyarakat Pemuda UMNO Malaysia,
Dato' Azeez Abd Rahim pernah diaju senjata tajam ketika cuba menyelamat seorang gadis Malaysia yang di bawa lari ke Lombok,
Indonesia.
Ikuti pendedahan ekslusif wartawan Seri Dewi & Keluarga yang berkongsi
dengan Azeez sepanjang beliau melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan dalam majalah itu pada keluaran April akan datang.
BUKU PASAL HANTU DAN JIN
Oleh Azman Ismail

JANDA BAIK: Tim PSI, kini menerbitkan buku dan kini berada dipasaran tentang hantu dan makhluk halus dalam
Antropologi Melayu yang menghimpunkan kajian tentang makhluk-makhluk halus di alam Melayu.
Secara keseluruhan, buku tersebut memaparkan ilustrasi mengenai rupa bentuk makhluk halus berdasarkan kepercayaan masyarakat
Melayu di samping kajian-kajian ilmiah yang dibuat oleh para pengkaji sebelumnya sejak 1866 lagi.

|