Berita - Media - Maya

deInfomaya | Berita | Rencana | Prolog | Karier | Forum | Profil | Iklaneka

Karier

banner.gif

logomayasml.gif

Isikan butiran anda dibawah jika anda berminat untuk menjadi wartawan pelatih dan mengikuti kursus kewartawanan "online" secara percuma dan kemudian klik "submit"

Nama:
Emel:
Alamat:
Telefon:
No K/P:
Kelulusan:
Pengalaman:
Pekerjaan:
  

- Wartawan Kadet Online -
jurufoto.jpg
logo_wartaonered.gif
Mahukan anda menjadi menjadi kalangan orang yang terdepan daripada kalangan orang lain. Atau inginkah anda mengabadikan cita-cita dalam bidang kewartawanan yang mencabar dewasa ini. Jika ya, anda merupakan individu yang kami perlukan untuk bertugas sebagai wartawan pelatih di samping mengikuti kursus kewartawanan secara online dengan Makmal Kewartawanan WartaOne. Tunggu apa lagi, anda akan mendapat latihan kewartawanan secara percuma selama tiga bulan sehingga mendapat sijil.

Memandangkan kemunculan semula deInfomaya (Mediasite de Infomaya) dengan konsep baru pihak kami ingin menawarkan kursus kewartawanan secara online bagi melahirkan wartawan sambilan yang berbakat
 
deInfomaya yang dilancarkan sejak 2001 kini merupakan sebuah laman web berita yang memaparkan berita dan rencana bersumberkan bahan-bahan dan peristiwa yang berlaku dalam dunia siber. Kami memerlukan wartawan pelatih yang berbakat dan mempunyai kesungguhan untuk menjalani kursus kewartawanan secara online secara percuma selama tiga bulan.
 
Kalangan yang terpilih akan diberikan tugasan dengan bimbingan yang kami berikan meliputi berita semasa, politik, sukan, hiburan, pengalaman, kerjaya, mistik dan apa sahaja bahan berita yang menarik di sekitar dunia siber yang boleh anda terokai melalui laman-laman web dan e-mel yang anda terima.
 
Anda tidak perlu gusar jika tiada asas dalam bidang penulisan kerana kami akan membimbing anda secara online dan setiap bahan berita yang anda hasilkan akan diberi penilaian dan komen sebelum kami siarkan dalam laman web ini.
 
Selepas tiga bulan apabila anda layak menerima Sijil Kewartawanan daripada kami, anda akan berpeluang menjadi Wartawan Sambilan dengan pihak kami ataupun kami rekomenkan anda menulis dengan akhbar tabloid yang bercambah di pasaran masakini.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini, terutamanya kepada anda yang meminati bidang kewartawanan. Inilah peluang anda untuk mengasah bakat.
 
Anda hanya perlu menghantar resume anda secara online dari laman web ini ataupun melalui e-mel kepada kami secepat mungkin. E-mel juga foto anda untuk kad pengenalan akhbar (Press Card) dalam bentuk fail JPEG atau GIF yang tidak melebihi saiz 1.5MB.
 
Anda juga boleh membuat permohonan itu secara bertulis dengan menyertakan dua keping gambar berukuran pasport ke alamat:
 
de Infomaya
No.66, Jalan Kampung Attap
50732 Kuala Lumpur
Telefon: 013-5181512

© 2005 mediasite de infomaya | Hakcipta Terpelihara | Powered by : Cobraeite